Kamera perubatan sebesar sebutir garam

Kamera perubatan sebesar sebutir garam

SENSOR pengimejan OVM6948 bersamaan saiz sebutir garam.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Imej menunjukkan kamera pembedahan kecil bersamaan saiz sebutir garam tular di media sosial baru-baru ini.

Sensor pengimejan itu mencetuskan banyak rasa ingin tahu dalam kalangan warganet kerana mempamer kemajuan ketara dalam teknologi miniatur.

Menurut siaran berita NDTV, peranti itu dikenali sebagai OV6948, yang dibuat oleh OmniVision Technologies berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Alat itu turut dinobat sebagai sensor pengimejan terkecil yang tersedia secara komersial oleh Rekod Dunia Guinness dengan ukuran hanya 0.575 milimeter (mm) persegi.

OmniVision membangunkan peranti perubatan berinovatif itu untuk menangani permintaan pasaran dalam penurunan invasif dan akses anatomi yang lebih mendalam.

Peranti tersebut juga dilaporkan mampu mengatasi banyak cabaran pada peralatan pengimejan perubatan boleh guna semula, termasuk risiko pencemaran silang dan ketidakcekapan disebabkan kos penyelenggaraan yang tinggi.

“Industri hari ini didorong oleh cadangan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) berkaitan isu pencemaran silang akibat pembersihan endoskop yang tidak betul.

“Dalam konteks ini, semua pengeluar utama sedang membangunkan endoskop pakai buang berdiameter kecil dan menjimatkan kos dengan kualiti imej yang tinggi,” kata Penganalisis Teknologi dan Pasaran Pengimejan Perubatan, Marjorie Villien.

OV6948 adalah satu-satunya kamera ultra-kecil dengan pencahayaan bahagian belakang yang memberikan kualiti imej luar biasa pada prestasi cahaya malap lebih baik untuk meningkatkan kepekaan selain membantu mengurangkan haba diod pemancar cahaya (LED).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya