Kadar jenayah tertinggi, bandar Bessemer paling bahaya di AS - Utusan Malaysia

Kadar jenayah tertinggi, bandar Bessemer paling bahaya di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bandar Bessemer di Jefferson County dinobat lokasi paling berbahaya untuk didiami di Amerika Syarikat (AS) berdasarkan kadar jenayah yang tinggi sepanjang tahun ini.

Menurut penyelidikan oleh Security Gauge, kawasan pinggir bandar kecil di barat daya Alabama dengan populasi hanya 27,000 itu menduduki tempat teratas untuk jenayah terbanyak per kapita tahun ini.

Bessemer mendahului kedudukan pada 2023 dengan 33.18 kes bagi setiap 1,000 penduduk dengan satu daripada 30 orang berkemungkinan menjadi mangsa jenayah, kebanyakannya melibatkan keganasan fizikal, kecurian kenderaan dan harta-benda.

Security Gauge menyenaraikan kedudukan 100 teratas lokasi paling tinggi kadar jenayah dan berbahaya untuk didiami dari setiap bandar di AS dengan sekurang-kurangnya 25,000 penduduk atau lebih.

Pasukan itu mengumpulkan data mengenai jenayah kejam, pembunuhan, rogol, rompakan bersenjata dan serangan di setiap bandar daripada semua 18,000 agensi penguatkuasaan undang-undang di AS termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan polis.

Monroe di Louisiana yang berada di tempat teratas sejak dua tahun lalu, jatuh di tempat kedua tahun ini.

Bandar Saginaw di Michigan berada di tempat ketiga dengan kadar jenayah 25.1 kes bagi setiap 1,000 penduduk.

Bandar itu pernah menjadi tajuk utama berita baru-baru ini selepas dua orang maut dan lebih 15 lagi dilaporkan cedera ketika menghadiri pesta jalanan liar tanpa kebenaran yang disiarkan di media sosial.

Bandar Memphis di Tennessee berada di tempat keempat selepas mencatatkan kes pembunuhan ketiga tertinggi di AS sementara Detroit di Michigan yang mengalami penurunan populasi berada di tempat kelima.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya