Jumlah kematian di Libya meningkat kepada 11,300 orang - Utusan Malaysia

Jumlah kematian di Libya meningkat kepada 11,300 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRIPOLI: Jumlah kematian akibat banjir besar di bandar Derna di timur Libya meningkat kepada 11,300 orang lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB dalam kemas kini terbaharu memetik Bulan Sabit Merah Libya, 10,100 lagi orang masih hilang di bandar yang musnah itu.

“Di tempat lain di timur Libya dan di luar Derna, banjir itu meragut 170 nyawa.

“Angka-angka itu dijangka meningkat apabila kru mencari dan menyelamat bekerja tanpa jemu untuk mencari mangsa yang terselamat.

“Hampir seminggu selepas Ribut Daniel melanda timur laut Libya, situasi kemanusiaan kekal suram di Derna,” kata kemas kini itu.

Masalah kekurangan bekalan air bersih turut mencengkam bandar itu dan sekurang-kurangnya 55 kanak-mengalami keracunan akibat meminum air tercemar.

PBB turut memberi amaran tentang bahaya periuk api di kawasan konflik yang dikhuatiri beralih akibat air banjir dan boleh mengancam orang awam yang masuk ke kawasan itu dengan berjalan kaki.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya