Jong-un tak percaya Putin, periksa kerusi sebelum duduk

Jong-un tak percaya Putin, periksa kerusi sebelum duduk

PEGAWAI Kim Jong-un dilaporkan memeriksa kerusi yang didudukinya sebelum persidangan selama empat jam bersama Putin berlangsung.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Walaupun mengakui sebagai rakan sekutu rapat, Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un didakwa masih tidak mempercayai sepenuhnya Presiden, Russia Vladimir Putin.

Menerusi satu rakaman video tular, pegawainya dilihat menjalankan pemeriksaan rapi pada kerusi yang didudukinya sebelum sidang kemuncak antara mereka berlangsung.

Lapor Daily Mail, seorang lelaki bersarung tangan putih dan sut gelap dilihat mengelap kerusi hitam yang disediakan untuk Jong-un dengan kain putih.

Lelaki itu dilihat membersihkan tempat duduk, belakang kerusi dan tempat meletak tangan sementara dua pegawai Korea Utara lain yang berdiri di belakangnya memegang alat pembersihan.

Selepas memastikan kerusi itu bersih, pegawai kedua kemudian menguji sama ada kerusi itu cukup kuat untuk menanggung berat ketua tertingginya, yang dikatakan sekitar 180 kilogram.

Lelaki pertama kemudian muncul untuk mengimbas kerusi dengan peranti yang kelihatan seperti pengesan logam kecil, seolah-olah memeriksanya untuk perangkap samar.

Semasa pemeriksaan, pegawai ketiga Korea Utara turut hadir untuk membantu dan kelihatan memberikan arahan kepada lelaki itu ketika mereka menguji beratnya.

Sementara itu, individu keempat, yang kelihatan seperti pegawai dari Russia memerhati dengan teliti tindakan tersebut.

Salah seorang pegawai keselamatan Korea Utara juga dilaporkan keberatan untuk membiarkan pengawal Putin menjadi orang terakhir yang berada dekat dengan kerusi itu sebelum Jong-un djemput duduk.

Kedua-dua pemimpin itu dilaporkan duduk bersama dalam pertemuan yang berlangsung lebih empat jam di stesen angkasa di timur Russia.

Jong-un juga didakwa mengambil langkah berjaga-jaga apabila enggan menggunakan pesawat sebaliknya memilih menggunakan kereta api berperisai untuk menghadiri lawatan ke Russia kerana ruang udara negara itu terkenal dengan keadaannya yang tidak selamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya