Jong-un jumpa Putin di Russia, AS 'susah hati'

Jong-un jumpa Putin di Russia, AS ‘susah hati’

KIM JONG-UN melambai ke arah media ketika beliau berlepas menaiki kereta api menuju ke Russia untuk bertemu dengan Presiden Vladimir Putin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un tiba di Russia dengan menaiki kereta api berperisai untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin bagi berunding secara bersemuka berkaitan penjualan senjata.

Pakar berpandangan, Putin kini terdesak mencari peluru meriam dan peluru berpandu antikereta kebal dari Korea Utara untuk berperang di Ukraine.

Jong-un pula dilaporkan mencari teknologi canggih untuk staelit dan kapal selam berkuasa nuklear, selain bantuan makanan untuk negaranya.

Pemimpin Korea Utara itu berlepas dari Pyongyang ke Russia pada petang Ahad, sambil ditemani pemimpin kanan dalam Parti Komunis, kerajaan dan agensi tentera, lapor KCNA.

Agensi berita Ria Novosti mengesahkan kereta api Jong-un sudah pun memasuki sempadan Russia semalam.

Rancangan pertemuan itu dengan pantas ditempelak Washington yang menyifatkannya sebagai Putin ‘mengemis’ bantuan Korea Utara untuk meneruskan perang dengan Ukraine.

Terdahulu, Vladivostok menjadi tuan rumah bagi Forum Ekonomi Timur sehingga hari ini.

Pengesahan dari Korea Utara itu menamatkan spekulasi beberapa hari selepas Amerika Syarikat (AS) dan pegawai lain mendakwa bahawa Jong-un, yang jarang meninggalkan Korea Utara, mungkin akan menuju ke Vladivostok untuk rundingan senjata dengan Putin.

Jong-un tidak pernah keluar dari negaranya sejak penularan wabak Covid-19.

Moscow adalah sekutu Pyongyang serta penyokong penting negara terpencil itu selama beberapa dekad dan hubungan mereka terjalin sejak penubuhan Korea Utara 75 tahun lalu.

Pada Julai lalu, Putin memuji ‘sokongan teguh Pyongyang untuk operasi ketenteraan khas terhadap Ukraine’.

White House sebelum ini memberi amaran perbuatan Pyongyang itu akan dibalas sekiranya membekalkan Moscow dengan senjata bagi peperangan di Ukraine.

Washington menegaskan Russia akan menggunakan senjata dari Korea Utara untuk menyerang bekalan makanan Ukraine dan infrastruktur ketika musim sejuk akan datang sebagai usahanya untuk menakluk wilayah berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya