Jet pejuang F-35 hilang sebelum terhempas, tentera AS dikecam

Jet pejuang F-35 hilang sebelum terhempas, tentera AS dikecam

SERPIHAN jet pejuang F-35 Lightning II ditemukan di Williamsburg County di South Carolina. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam memaklumkan mereka menemukan serpihan jet pejuang Stealth F-35 Lightning II yang dilaporkan hilang pada Ahad lalu.

Menurut kenyataan tentera, serpihan jet pejuang itu ditemukan di Williamsburg County di South Carolina, berhampiran timur laut Pangkalan Bersama Charleston (JBC).

“Penduduk perlu menjauhi kawasan itu kerana pasukan penyiasat akan melakukan pemantauan di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Pada Ahad lalu, jet pejuang yang bernilai AS$80 juta (RM374 juta) itu dilaporkan hilang di South Carolina selepas juruterbangnya melakukan ‘eject’ bagi menyelamatkan diri.

Punca juruterbang itu yang identitinya tidak didedahkan melakukan perkara tersebut masih dalam siasatan.

Selepas melakukan ‘eject’, jet pejuang tersebut terbang dalam mod automatik sebelum dipercayai terhempas akibat kehabisan bahan bakar.

Dalam pada itu, JBC mengeluarkan kenyataan dalam media sosial meminta penduduk setempat yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi mereka.

Sistem pengesanan penerbangan menunjukkan beberapa pesawat carian tertumpu di kawasan hutan dan ladang berhampiran Stuckey yang terletak di Williamsburg County, kira-kira 120 kilometer di utara Charleston, kelmarin.

Reka bentuk jet pejuang itu yang disifatkan paling canggih, moden dan mahal menjadikannya sebagai pesawat idaman sekutu AS di seluruh dunia.

Insiden itu secara tidak langsung mengundang banyak reaksi daripada pelbagai pihak dengan kebanyakannya mempersoalkan bagaimana jet pejuang paling canggih itu boleh hilang.

“Bagaimana F-35 boleh hilang? Adakah jet itu tidak mempunyai peranti pengesan sehingga kita minta orang ramai tolong mencarinya?,” kata anggota Kongres Charleston, Nancy Mace. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya