Jangkitan virus mata menular di Pakistan, 56,000 sekolah ditutup

Jangkitan virus mata menular di Pakistan, 56,000 sekolah diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHORE: Lebih 56,000 sekolah di Pakistan terpaksa ditutup sepanjang minggu ini bagi mengekang wabak penyakit mata berjangkit, lapor pegawai.

Berjuta-juta pelajar akan tinggal di rumah selepas Punjab, wilayah paling ramai penduduk di Pakistan, mengumumkan penutupan sekolah setelah merekodkan 357,000 kes virus konjunktivitis sejak awal tahun ini.

Jangkitan mata menyebabkan kemerahan, kegatalan serta lelehan air mata dan boleh merebak dengan mudah melalui sentuhan tangan, batuk atau bersin.

“Penutupan itu diumumkan sebagai langkah proaktif untuk memberi perlindungan maksimum kepada pelajar terhadap jangkitan itu.

“Kami berharap usaha ini akan memutuskan kitaran jangkitan di wilayah itu,” kata jurucakap jabatan pendidikan Punjab, Zulfiqar Ali.

Sekolah-sekolah di seluruh Pakistan sudah pun ditutup pada hari Jumaat kerana cuti umum agama, namun kebanyakannya dibuka pada hujung minggu untuk menyediakan kelas tambahan atau peperiksaan.

Pihak berkuasa Punjab berkata, pelajar akan disaring di pintu pagar apabila sekolah dibuka semula Isnin depan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya