Iran negara paling mahal untuk bahagia

Iran negara paling mahal untuk bahagia

IRAN menjadi negara paling ‘mahal’ di dunia untuk bahagia apabila rakyatnya mahu gaji tahunan sebanyak AS$239,700 untuk rasa mencukupi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Iran menjadi negara paling mahal untuk mendapatkan ‘kebahagiaan’ apabila rakyatnya memerlukan gaji tahunan sekurang-kurangnya AS$239,700 (RM1.1 juta) untuk rasa mencukupi.

Pasukan penyelidik mendakwa sudah menemukan jumlah kewangan optimum bagi rakyat di 173 negara untuk mereka rasa bahagia.

Jika Iran menjadi negara paling mahal untuk mendapatkan kebahagiaan, berbeza pula dengan Sierra Leone apabila rakyatnya hanya memerlukan gaji tahunan sebanyak AS$8,658 (RM40,560) untuk mereka rasa gembira.

Selain itu, Yaman berada di kedudukan kedua negara paling mahal untuk mencapai kebahagiaan dengan memerlukan gaji tahunan sebanyak AS$172,140 (RM806,435), diikuti oleh Australia AS$121,191 (RM567,762).

Negara lain termasuk Zimbabwe AS$118,342 (RM554,312), Norway AS$117,724 (RM551,379), Switzerland AS$115,745 (RM542,111), New Zealand AS$114,597 (RM536,728), Iceland AS$111,908 (RM524,134) dan Amerika Syarikat AS$105,000 (RM491,793).

Dalam pada itu, Suriname menjadi negara kedua paling mudah untuk memperoleh kebahagiaan apabila rakyatnya hanya memerlukan gaji tahunan sebanyak AS$10,255 (RM48,028).

Kemudian diikuti oleh Madagascar, Guyana, Sudan, Nicaragua, Colombia, The Gambia, Bolivia dan Ghana.

Untuk Malaysia, rakyatnya didakwa memerlukan gaji tahunan sebanyak AS$38,749 (RM181,477).

Kajian itu dilakukan oleh syarikat perkhidmatan pertukaran wang asing, S Money.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya