Iran lepaskan lima rakyat AS dalam perjanjian pertukaran tahanan - Utusan Malaysia

Iran lepaskan lima rakyat AS dalam perjanjian pertukaran tahanan

SIAMAK Namazi, Morad Tahbaz dan Emad Shargi.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Lima rakyat Amerika Syarikat (AS) yang dipenjarakan di Iran dijangka dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian yang diusahakan oleh negara Teluk Qatar.

Empat lelaki dan seorang wanita yang turut memegang pasport Iran akan menaiki pesawat sebaik sahaja disahkan bahawa AS$6 bilion (RM28.14 bilion) dana Iran yang pernah disimpan di Korea Selatan sampai ke bank di Doha.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada perjanjian yang dicapai bulan lalu selepas perbincangan tidak langsung dijalankan selama setahun.

Lima warga Iran yang dipenjarakan di AS terutamanya atas tuduhan melanggar sekatan di negara itu juga akan dibebaskan sebagai pertukaran.

Mereka dilaporkan termasuk Siamak Namazi, 51; ahli perniagaan, Emad Shargi, 59, dan ahli alam sekitar, Morad Tahbaz, 67, yang juga memegang kewarganegaraan Britain.

Presiden AS, Joe Biden sering didesak untuk membawa pulang banduan negara itu yang dilihat secara meluas sebagai tebusan untuk digunakan oleh Iran sebagai cip tawar-menawar.

Bagi Iran, perjanjian itu membebaskan wang yang diperoleh daripada hasil menjual minyak ke Korea Selatan walaupun dana yang disimpan di bank Qatar hanya boleh digunakan oleh pihak ketiga untuk membeli barangan seperti makanan dan ubat-ubatan.

Pertukaran itu disifatkan sebagai rumit dan penuh kontroversi malah dikutuk oleh pemimpin Republikan AS serta aktivis Iran yang mengatakan ia hanya akan menggalakkan lebih banyak pengambilan tebusan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN