India roboh rumah setinggan menjelang persidangan G20

India roboh rumah setinggan menjelang persidangan G20

PENDUDUK mencari barangan yang boleh digunakan selepas kem rumah setinggan di Jew Delhi dirobohkan pihak berkuasa. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India bakal menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak G20 pada hujung minggu ini dan majlis antarabangsa itu diharapkan dapat memberi faedah kepada penduduk setempat.

Namun, sangkaan mereka meleset apabila kawasan setinggan di Kem Janta, New Delhi dirobohkan oleh pihak berkuasa menjelang persidangan tersebut.

Dharmender Kumar, Khushboo Devi dan tiga anak mereka antara penduduk yang rumah mereka drobohkan sejak beberapa bulan lalu.

“Kami ingat persidangan itu akan beri sedikit kebaikan untuk kami yang hidup dalam keadaan daif, rupanya ia hanya menyebabkan kami hilang rumah, hilang tempat berlindung,” rintih Kumar.

Pegawai yang mewakili Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi yang bertindak merobohkan kawasan setinggan itu, bagaimanapun berkata, rumah itu dibina secara haram di atas tanah kerajaan dan proses memindahkan penduduk akan dibuat secara berterusan.

Rumah dikawasan setinggan seperti di Kem Janta sudah dibina selama bertahun-tahun dengan kebanyakan penduduknya bekerja di kawasan berhampiran dan tinggal di dalam rumah kecil.

Operasi merobohkan setinggan itu bermula sejak empat bulan lalu. Jentolak dibawa ke Kem Janta pada Mei dan rakaman video menunjukkan rumah sementara yang diperbuat daripada kepingan timah dirobohkan dengan sebahagian daripada penduduk dilihat menangis.

Kem itu terletak berhampiran Pragati Maidan iaitu lokasi utama Sidang Kemuncak G20 bakal diadakan.

Kebanyakan daripada 20 juta penduduk di New Delhi tinggal di daerah yang sebahagian besarnya tidak dirancang dan dipenuhi dengan perumahan haram.

Pada 2021, Menteri Perumahan dan Hal Ehwal Bandar, Hardeep Singh Puri ketika bercakap di Parlimen memaklumkan 13.5 juta orang tinggal di kawasan yang tidak dibenarkan di Delhi.

“Kerajaan sedang merobohkan setinggan dan memindahkan orang yang hidup sukar atas dasar memperlihat keindahan bandar raya ini tanpa sebarang kebimbangan mengenai apa yang akan berlaku kepada mereka,” kata pengarah eksekutif dan ahli pengasas Pusat Pembangunan Holistik yang berpangkalan di New Delhi, Sunil Kumar Aledia. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya