India guna undang-undang diamkan pengkritik?

India guna undang-undang anti penggubahan wang haram diamkan pengkritik?

NARENDRA Modi bertemu dengan wakil rakyat di Dewan Pusat bangunan Parlimen lama di New Delhi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India didakwa mengeksploitasi saranan dikemukakan badan pemerhati penggubahan wang haram global, apabila menggunakan undang-undang tegas untuk menutup mulut aktivis dan kumpulan masyarakat sivil.

Perkara itu didedahkan Amnesty International yang mendakwa pengkritik kerajaan dalam organisasi masyarakat sivil dan media mengadu mengenai wujudnya gangguan dalam demokrasi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Narendra Modi.

Bagaimanapun, tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh pentadbiran kerajaan Narendra Modi.

Menurut Amnesty, saranan Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) yang berpangkalan di Paris, disalahgunakan dengan membawa masuk undang-undang tegas itu untuk menyekat sektor bukan berasaskan keuntungan dan organisasi daripada pembiayaan.

FATF dianggotai 39 negara yang mana India menjadi ahli sejak tahun 2010, diberi mandat untuk menangani pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan global.

Para pengkritik berpandangan kerajaan pimpinan Narendra Modi berusaha untuk menekan kumpulan hak asasi manusia dengan mengesan kewangan mereka dan mengekang pembiayaan asing.

“Dengan berselindung untuk memerangi keganasan, kerajaan India memanipulasi saranan FATF untuk mengetatkan undang-undang kewangan serta menentang keganasan.

“Namun, ia disalahgunakan untuk menyasarkan dan menutup mulut pengkritik,” kata Pengerusi Amnesty International India, Aakar Patel dalam satu kenyataan.

Berdasarkan laporan, dalam tempoh 10 tahun lalu, India membatalkan lebih 20,600 lesen pertubuhan bukan kerajaan, dengan hampir 6,000 daripadanya berlaku sejak 2022.

Pada 2020, Amnesty International terpaksa menggantung operasinya di India selepas akaun bank pertubuhan itu dibekukan.

Namun, kerajaan India mempertahankan tindakannya dengan menuduh Amnesty melakukan `aktiviti haram’ membabitkan pemindahan jumlah wang besar dari Amnesty United Kingdom (UK) ke India.

Selain itu, pengamal media yang mengkritik kerajaan juga pernah mengadu mengenai peningkatan gangguan, sama ada di laman media sosial mahupun secara fizikal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya