TALLAHASSEE: Ikon WWE, Hulk Hogan mengahwini kekasihnya yang merupakan seorang guru yoga dalam satu majlis ringkas di Clearwater, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu.
Hogan atau nama sebenarnya, Terry Gene Bollea memilih Sky Daily, 45, sebagai isteri baharunya selepas mengikat tali pertunangan pada Julai lalu.
Menurut sumber, upacara perkahwinan tersebut hanya dihadiri ahli keluarga terdekat Hogan dan Sky.
Ini adalah perkahwinan kali ketiga Hogan, 70, selepas mendirikan rumah tangga buat kali pertama dengan Linda Hogan pada 1983 sebelum berpisah pada 2009.
Hogan dan Linda dikurniakan dua anak iaitu Brooke, 35, dan Nick yang kin berusia 33 tahun.
Perkahwinan kedua Hogan dengan Jennifer McDaniel pada 2010 berakhir dengan perceraian dua tahun lalu.