Hujan tanpa henti, lebih 100 tanah runtuh berlaku di selatan China - Utusan Malaysia

Hujan tanpa henti, lebih 100 tanah runtuh berlaku di selatan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Hujan tanpa henti sejak lapan hari lalu yang dibawa Taufan Haikui, menyebabkan lebih 100 tanah runtuh, menyebabkan kira-kira 1,360 penduduk terkandas akibat banjir, dengan tujuh kematian dilaporkan di selatan China, kata media kerajaan.

Taufan Haikui melanda selatan China lapan hari lalu dan sejak itu, ia disusuli pula ribut tropika serta hujan tanpa henti yang terus melanda barat daya Guangxi.

Ribut berterusan dalam tiga hari terakhir di kebanyakan kawasan sekitar bandar Yulin menyebabkan 115 tanah runtuh yang memusnahkan jalan raya dan menumbangkan pokok sehingga pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan di lebuh raya, kata media kerajaan.

Dalam kejadian itu, tiga orang masih hilang, dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan terutama di bandar bahagian selatan berhampiran pantai, Beihai, yang ditenggelami air akibat hujan lebat.

Anggota penyelamat dilihat melalui kawasan yang ditenggelami air bagi memindahkan penduduk menggunakan bot. Kira-kira 1,360 orang terperangkap setakat hari ini, kata media kerajaan.

Balai cerap bandar itu mengeluarkan amaran ribut pada tahap yang tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat termasuk risiko banjir kilat, bencana geologi dan genangan air di bandar dan kawasan luar bandar.

Taufan Haikui, melanda wilayah tenggara Fujian pada 5 September lalu sehingga memusnahkan bandar Shenzhen yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi.

Saintis memberi amaran bahawa taufan yang melanda China menjadi lebih kuat dan laluannya semakin kompleks, meningkatkan risiko bencana, walaupun di bandar pantai seperti Shenzhen yang sudah mempunyai keupayaan pertahanan banjir yang kuat.

Peramal kebangsaan juga memberi amaran kepada jabatan dan orang yang berkaitan di Guangdong serta Guangxi supaya berwaspada terhadap sebarang kesan bencana akibat kekerapan hujan sejak beberapa hari kebelakangan ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya