Harapan rover Chandrayaan-3 `terjaga semula' tipis

Harapan rover Chandrayaan-3 `terjaga semula’ tipis

GAMBAR pendarat Vikram yang dirakam oleh rover Pragyaan. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Beberapa saintis di India berpandangan peluang kenderaan robotik (rover) Chandrayaan-3 untuk kembali ke mod aktif selepas berdepan suhu dingin melampau pada waktu malam di bulan kian `malap dengan setiap jam berlalu’.

Bagaimanapun, pasukan saintis menegaskan mereka akan berusaha sedaya upaya untuk membangunkan semula rover itu sehingga hari lunar terakhir.

Difahamkan, sehari dan malam di bulan masing-masing bersamaan 14 hari di bumi. 

Jumaat lalu, Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) memaklumkan pihaknya cuba menghubungi kapal dan rover selepas hari lunar baharu bermula namun gagal menerima sebarang isyarat.

Kapal pendarat dikenali sebagai Vikram yang membawa rover Pragyaan, mendarat berhampiran kutub selatan Bulan yang diterokai pada bulan lalu.

Kedua-dua kapal angkasa itu menghabiskan masa selama dua minggu untuk mengumpul data dan imej, serta selepas itu ditetapkan dalam mod tidur pada  waktu malam di bulan.

Menurut ISRO, pihaknya berharap bateri akan dicas semula dan modul kembali ke mod aktif apabila matahari lunar terbit sekitar 22 September lalu.

Jumaat lalu, ISRO dalam satu catatan di aplikasi X menyatakan `usaha untuk mewujudkan komunikasi dengan pendarat Vikram dan rover Pragyaan masih akan diteruskan’.

Setakat ini, tiada kemas kini rasmi sejak itu.

Semalam, bekas ketua ISRO, AS Kiran Kumar memberitahu bahawa `peluang rover itu untuk bangun semula semakin malap dengan setiap jam berlalu’.  

“Kapal pendarat dan rover mempunyai begitu banyak komponen yang mungkin tidak dapat bertahan dalam suhu sejuk melampau di bulan.

“Melainkan pemancar pada pendarat dihidupkan, kami tidak mempunyai sambungan. Ia harus memaklumkan bahawa masih hidup.

“Walaupun semua sub-sistem lain berfungsi, kami tidak mempunyai cara untuk mengetahuinya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap ISRO mengesahkan usaha untuk menghubungi pendarat dan rover masih sedang diteruskan. 

India melakar sejarah menerusi misi Chandrayaan-3 apabila menjadi negara pertama yang berjaya mendaratkan kapal angkasa berhampiran kutub selatan bulan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya