Gempa susulan 4.5 magnitud gegar Marrakesh, penduduk ketakutan - Utusan Malaysia

Gempa susulan 4.5 magnitud gegar Marrakesh, penduduk ketakutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARRAKESH: Lebih banyak gegaran dipercayai gempa susulan dirasai di bandar Marrakesh dan kawasan sekitarnya, semalam.

Penduduk memberitahu agensi media, mereka merasakan pergerakan tanah yang ketara, biarpun tiada kerosakan berlaku.

Tinjauan menggunakan aplikasi telefon pintar menunjukkan gegaran itu berukuran 4.5 magnitud.

Sementara itu, Al Jazeera melaporkan kawasan Central Square dipenuhi dengan orang ramai yang bermalam di situ.

Kebanyakan mereka marah kerana masih tidak menerima bantuan daripada kerajaan dan memilih untuk terus berada di kawasan dataran itu kerana mudah diakses pasukan sukarelawan yang cuba menghantar bantuan.

Maghribi telah mengisytiharkan tiga hari berkabung selepas lebih 2,000 maut dalam gempa bumi pada awal Sabtu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya