CANBERRA: Pihak berkuasa di tenggara Australia mengeluarkan larangan ‘melakukan pembakaran sepenuhnya’ berikutan gelombang haba yang melanda kawasan itu.
Larangan pembakaran itu merupakan yang pertama dalam tempoh tiga tahun dilaksanakan selepas negeri New South Wales (NSW) merekodkan kenaikan suhu sehingga 16 darjah Celsius, iaitu di atas purata suhu September.
Suhu di Sydney mencecah 34.4 darjah Celsius semalam, iaitu hampir menyamai suhu yang direkodkan pada 1965 iaitu 34.6 darjah Celsius.
Selain itu, sebanyak 61 kebakaran hutan dilaporkan berlaku di seluruh NSW pada pagi semalam dengan 13 lagi belum dipadamkan.
“Disebabkan oleh angin kencang di kawasan South Coast, kebakaran hutan dijangka semakin teruk dalam tempoh terdekat,” menurut Perkhidmatan Bomba Luar Bandar NSW dalam kenyataan.
Dalam pada itu, ramalan kaji cuaca menjangkakan suhu terus meningkat sehingga hari ini dengan angin kencang memburukkan lagi kebakaran hutan.
Jika berterusan, keadaan itu boleh mencetuskan kebakaran hutan besar, sama seperti yang berlaku pada penghujung 2019, menyaksikan kemusnahan besar-besaran.
“Kita kini berada dalam keadaan genting dan kita perlukan semua pihak memberi kerjasama dalam menjaga keselamatan masing-masing,” kata jurucakap bomba, Rob Rogers.
Sebanyak 21 sekolah di NSW turut ditutup akibat cuaca panas dan risiko kebakaram hutan.
Pada minggu lalu, Sydney Harbour diselubungi jerebu ketika pasukan bomba bertungkus-lumus mengawal kebakaran hutan di kawasan sekitar.
Sementara itu, Biro Meteorologi Australia memberi amaran fenomena itu boleh berlangsung sehingga beberapa bulan akan datang.
Sementara itu, pihak berkuasa India menyifatkan tuduhan Kanada itu sebagai tidak masuk akal, menyaksikan hubungan kedua-dua negara semakin tegang.