Gagal pegang jawatan PM Thailand, Pita letak jawatan ketua MFP - Utusan Malaysia

Gagal pegang jawatan PM Thailand, Pita letak jawatan ketua MFP

PITA LIMJAROENRAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pemimpin politik Thailand, Pita Limjareonrat, meletak jawatan ketua Parti Move Forward (MFP) selepas beliau gagal memperoleh jawatan perdana menteri walaupun partinya menang besar dalam pilihan raya umum (PRU), Mei lalu.

Pita, dalam paparan Facebook, bagaimanapun memberikan jaminan akan bekerjasama dengan MFP dan rakyat walaupun tidak lagi memimpin parti itu.

“Saya mahu membenarkan ahli Parlimen lain mengambil peranan sebagai ketua pembangkang.

“Namun, saya akan terus bekerjasama dengan MFP dan rakyat dengan segala kekuatan saya untuk memacu perubahan yang kami harapkan,” katanya.

Pita, 43, kini digantung daripada Parlimen kerana kes mahkamah berhubung kelayakannya untuk bertanding, berpunca daripada saham dipegangnya dalam sebuah syarikat media, yang bertentangan dengan peraturan pilihan raya.

Namun, beliau menafikan sebarang salah laku.

MFP memberikan kejutan besar dalam pilihan raya atas gelombang sokongan belia dan pengundi di bandar, sekali gus menewaskan parti yang disokong pertubuhan tentera dan monarki yang berkuasa.

Namun, kemaraan MFP untuk membentuk kerajaan disekat oleh ahli Parlimen konservatif.

Rentetan itu, MFP kini mewakili sebahagian besar pembangkang di Parlimen tetapi akan mengekalkan pengaruh politik yang ketara setelah memenangi majoriti kerusi di dalam dan sekitar ibu kota Bangkok serta mengambil alih pusat bandar utama selain beberapa kubu kuat konservatif.

Pita, yang juga lulusan Harvard, dinafikan haknya menjadi perdana menteri sebanyak dua kali oleh Parlimen apabila Senator yang dilantik tentera menutup laluannya, merujuk kepada rancangan kontroversinya untuk meminda undang-undang melindungi monarki daripada kritikan.

Pita mendahului tinjauan pendapat sebelum pilihan raya sebagai pilihan utama Thailand untuk menjadi perdana menteri tetapi menghadapi pelbagai cabaran undang-undang yang didakwa sengaja dirancang untuk menghalangnya daripada berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya