Gadis duduk rumah setinggan jadi model terkenal India

Gadis duduk rumah setinggan jadi model terkenal India

MALEESHA Kharwa tidak menyangka dia akan menjadi model remaja terkenal di India dan dapat membantu keluarganya mempunyai kehidupan lebih baik. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Maleesha Kharwa membesar di kawasan setinggan di Dharavi, Mumbai selama 13 tahun bersama keluarganya.

Baginya, kehidupan serba kekurangan itu sudah mencukupi dan terasa bahagia.

Namun, nasibnya berubah apabila dia bertemu dengan seorang aktor dari Amerika Syarikat (AS) yang membuka peluang kepadanya menjadi seorang daripada model remaja paling terkenal di India.

Pada usia 15 tahun, wajah Maleesha menghiasi muka depan sejumlah majalah antarabangsa popular seperti Vogue dan Cosmopolitan, selain dilantik menjadi duta produk kecantikan dan memperoleh 300,000 pengikut dalam Instagram.

Wajahnya menghiasi kebanyakan papan iklan di India dan siapa sangka, tiga tahun lepas, Maleesha hanya budak perempuan comot yang tinggal di kawasan setinggan.

Nasib remaja itu berubah selepas dia bertemua dengan pelakon filem Step Up 2: The Streets, Robert Hoffman yang merakam videonya duduk di atas tilam di dalam khemah di kawasan rumahnya.

Hoffman ketika itu menegur Maleesha dan video yang dikongsi dalam media sosial itu menjadi tular, sekali gus membuka peluang kepada remaja itu menjadi model terkenal.

Perkara pertama yang dilakukan Maleesha selepas dia memperoleh sejumlah duit adalah membawa keluarganya berpindah keluar dari kawasan setinggan tersebut.

“Saya berasa bangga dengan diri sendiri kerana dapat bantu keluarga mempunyai kehidupan yang lebih baik.

“Saya bersyukur dengan peluang yang ada dan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya