Enam maut, 15 terperangkap lombong runtuh di Zimbabwe

Enam maut, 15 terperangkap lombong runtuh di Zimbabwe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARARE: Sekurang-kurangnya enam pelombong maut dalam kejadian tanah runtuh di lombong Bay Horse, Zimbabwe di Chegutu.

Lombong itu terletak kira-kira 100 kilometer (km) ke barat ibu kota Harare.

Saluran televisyen ZBC TV melaporkan enam mayat dibawa keluar dari lombong berkenaan dalam satu operasi dijalankan pada malam tadi.

“Seramai 15 lagi pelombong masih terperangkap di bawah tanah. Usaha menyelamat sedang giat dijalankan,” jelas laporan televisyen itu.

Menurut laporan itu, tanah runtuh yang berlaku pagi semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 34 pelombong terperangkap di bawah tanah.

“Walaupun 13 pelombong berjaya menyelamatkan diri namun 21 lagi masih terperangkap di bawah tanah,” jelas laporan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya