Dua maut, enam cedera ditembak dalam majlis perkahwinan di Kanada - Utusan Malaysia

Dua maut, enam cedera ditembak dalam majlis perkahwinan di Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL: Dua terbunuh manakala enam lagi cedera dalam satu kes tembakan yang berlaku di tempat letak kereta di Ottawa, Kanada kata pihak berkuasa.

Ketika kejadian, dua majlis perkahwinan sedang berlangsung dan secara tiba-tiba kedengaran tembakan di kawasan itu sehingga menyebabkan tetamu yang hadir terkejut serta cuba menyelamatkan diri.

Seorang tetamu yang hanya dikenali sebagai Nico memaklumkan keadaan pada ketika itu menjadi huru hara dengan orang ramai berlari tanpa arah.

“Tembakan itu sangat pantas dan kemudian terdengar bunyi jeritan dan tembakan itu berhenti seketika sebelum lebih banyak tembakan dilepaskan, kira-kira 15 hingga 16 kali,” katanya.

Tembakan bermula pada 10.21 malam kelmarin itu berlaku di tempat letak kereta dewan konvensyen hujung selatan di mana terdapat dua majlis perkahwinan berasingan diadakan secara serentak.

Saksi kejadian berkata, polis pada ketika itu meminta tetamu untuk kekal berada dalam kenderaan dan tidak meninggalkan tempat kejadian.

Dalam pada itu, Polis Ottawa mengesahkan dua lelaki yang maut masing-masing berusia 26 dan 29 tahun.

Polis memaklumkan rakyat Amerika Syarikat (AS) adalah antara enam yang cedera tetapi nyawa mereka tidak dalam bahaya selain Identiti tidak didedahkan.

“Kami sedang menyiasat punca kejadian,” kata Inspektor polis, Martin Groulx kepada AFP mengenai siasatan yang sedang dijalankan.

Beliau berkata buat masa ini pihak polis tidak mempunyai sebarang petanda bahawa penembakan itu dilakukan atas faktor jenayah kebencian sama ada berkaitan kepercayaan kaum atau agama.

Sehingga petang semalam, tiada tangkapan dibuat. Dua kematian akibat tembakan itu menjadikan 12 kes pembunuhan yang dicatatkan pada 2023 di Ottawa, yang mempunyai kira-kira sejuta penduduk.

Beberapa bandar Kanada menyaksikan peningkatan ketara dalam keganasan bersenjata sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan tembakan yang semakin kerap, menurut kerajaan Kanada.

Sejak 2009, negara menyaksikan peningkatan 81 peratus dalam jenayah senjata api. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya