Dua bayi antara 34 maut letupan depot bahan api haram di Benin - Utusan Malaysia

Dua bayi antara 34 maut letupan depot bahan api haram di Benin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOUALA: Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria pada Sabtu, kata Kementerian Dalam Negeri.

“Pagi ini, kebakaran serius berlaku di bandar Seme Podji. Seramai 34 orang maut, termasuk dua bayi,” kata menterinya Alassane Seidou, lapor Agensi Anadolu.

Seidou berkata 20 mangsa yang cedera masih dirawat di hospital di Cotonou.

Beliau tidak mengulas mengenai punca sebenar kejadian, sambil berkata, bahan api yang terbakar itu ialah bahan api yang telah diseludup.

Benin dilaporkan mengambil kesempatan daripada harga bahan api yang rendah di negara jiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya