Dron Ukraine serang bandar Russia berhampiran stesen nuklear  

Dron Ukraine serang bandar Russia berhampiran stesen nuklear  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sebuah dron milik tentera Ukraine menyerang sebuah bandar di barat Russia, yang merupakan lokasi antara stesen janakuasa nuklear terbesar di negara itu.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada kerosakan berlaku di kemudahan berkenaan.

Gabenor Roman Starovoit mengesahkan sebuah dron Ukraine merosakkan bangunan di bandar Kurchatov, beberapa kilometer dari stesen janakuasa nuklear Kursk.

Sebelum ini, beliau menyatakan dua dron melancarkan serangan ke atas bandar itu namun memperbetulkan semula kenyataannya.

“Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Starovoit juga tidak menyebut sebarang potensi kerosakan di loji kuasa nuklear Kursk.

Stesen kuasa nuklear Kursk era Soviet mempunyai reaktor sederhana yang sama seperti loji nuklear Chernobyl.

Letupan dan kebakaran di loji Chernobyl pada tahun 1986, di Soviet Ukraine pada ketika itu disifatkan sebagai nahas nuklear paling teruk di dunia, yang turut menyebarkan radiasi ke seluruh Eropah.

Perbadanan nuklear negara Russia memaklumkan ketika serangan itu berlaku, terdapat tiga reaktor RBMK-1000 di Kursk beroperasi manakala satu lagi ditutup.

Russia dan Ukraine sering menudu sesama merancang untuk menyerang stesen janakuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine.

Tentera Russia bagaimanapun merampas stesen itu, yang juga kemudahan nuklear terbesar di Eropah dengan enam reaktor, beberapa hari selepas Kremlin mengarahkan pencerobohan Ukraine pada Februari 2022.

Datuk Bandar Sergei Sobyanin berkata, satu lagi dron ditembak jatuh menghampiri Moscow pada pagi ini.

Ia turut mengganggu seketika penerbangan di lapangan terbang Vnukovo Moscow.

Gabenor Vyacheslav Gladkov pula berkata, satu lagi dron ditembak jatuh di wilayah barat Russia, Belgorod. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya