Diabai ibu bapa, bayi hilang lima jari digigit tikus

Diabai ibu bapa, bayi hilang lima jari digigit tikus

BAYI parah digigit tikus ketika sedang tidur dalam buaian di rumahnya di Evansville. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDIANAPOLIS: Seorang bayi berusia enam bulan di Indiana, Amerika Syarikat (AS) nyaris maut angkara digigit sekumpulan tikus ketika sedang tidur dalam buaian pada minggu lalu.

Bagaimanapun, polis memaklumkan bayi lelaki itu kini sudah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.

Insiden berkenaan disifatkan sebagai salah satu kes pengabaian kanak-kanak yang paling teruk pernah berlaku di kawasan pinggir bandar itu.

Lapor Daily Mail, menurut polis, bayi itu mengalami lebih 50 gigitan tikus di bahagian dahi, pipi, hidung, peha, kaki dan jari kaki ketika sedang tidur dalam buaian di rumahnya di Evansville.

Jelas polis, bayi itu ditemukan oleh bapanya pada keesokan pagi, dengan semua jari pada tangan kanannya hilang.

Berdasarkan affidavit yang mendedahkan kejadian pada 13 September lalu, mangsa mengalami pendarahan banyak sehingga bayi itu memerlukan transfusi darah.

Jelas laporan, bayi itu kemudian dikejarkan ke hospital sebelum dibawa menerusi helikopter sejauh 273.5 kilometer (km) ke Indianapolis.

Menurut polis, pasukan doktor pakar di hospital berkenaan berusaha sedaya upaya merawat `kecederaan traumatik’ kanak-kanak kecil itu.

Katanya, tangan kanan dan lengan bawah mangsa mengalami kecederaan teruk.

“Keempat-empat jari dan ibu jari tangan mangsa cedera parah sehingga boleh nampak tulangnya,” kata polis dalam affidavit itu.

Polis menahan ibu bapa mangsa dan ibu saudaranya yang tinggal bersama atas tuduhan mengabaikan anaknya.

Tambah polis, ketiga-tiga individu yang terdiri daripada David Schonabaum, 31, Angel Schonabaum, 28, dan Delania Thurman, 25, membenarkan kejadian itu berlaku.

“Alasan diberikan suspek kononnya mereka tidak mendengar tangisan bayi ketika kejadian.

“Kami dapati rumah itu dipenuhi tikus, dengan sampah sarap dan sisa makanan ditinggalkan merata-rata termasuk di bilik mangsa,” kata Sarjan PD Evansville, Anna Gray.

Dilaporkan, mangsa bersama anak-anak lain yang tinggal di kediaman tersebut kini ditempatkan di rumah jagaan kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya