Dakwa ada ciri 'agama', pelajar Islam di Perancis dilarang pakai kimono - Utusan Malaysia

Dakwa ada ciri ‘agama’, pelajar Islam di Perancis dilarang pakai kimono

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NICE: Pengetua sebuah sekolah menengah di bandar Lyon Perancis yang mengarahkan seorang pelajar pulang ke rumah kerana memakai pakaian tradisional Jepun, kimono, dan mendakwa pakaian dipakai pelajar itu “bercirikan keagamaan.”

Menurut Agensi Anadolu, pelajar berusia 15 tahun itu dipanggil semalam untuk membincangkan kejadian yang berlaku sehari sebelumnya apabila dihalang kembali ke kelas selagi tidak menukar pakaiannya.

Pelajar beragama Islam itu, berkata pakaiannya tidak melambangkan sebarang pegangan agama.

Pengetua itu berkata, semua pakaian yang mempunyai kaitan dengan agama tidak dibenarkan di sekolah itu.

Seorang lagi pelajar dari sekolah menengah sama dikenakan tindakan sama kerana memakai kimono.

Peguam keluarga itu, Maitre Nabil Boudi berkata mereka telah memfailkan aduan “diskriminasi atas dasar pegangan agama.”

“Penghinaan itu mesti dihentikan dan pihak berkuasa kehakiman mesti segera mengambil kes ini memandangkan arahan yang diberikan oleh Menteri Pendidikan Negara itu mewujudkan diskriminasi agama terhadap pelajar wanita,” katanya.

Pelajar itu berkata, dia ditegur di hadapan seluruh kelasnya dan dipaksa menanggalkan kimononya ketika dibawa ke pejabat pengetua kerana melanggar arahan Kementerian Pendidikan dan tidak dibenarkan menghadiri kelas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya