BEIJING: China dan Eropah perlu ‘bersatu dan bekerjasama’ menentang ketidaktentuan global, tegas Perdana Menteri China, Li Qiang kepada Kesatuan Eropah (EU) di Sidang Kemuncak G20 di New Delhi, India.
Seruan itu dibuat Qiang ketika kebimbangan blok Eropah mengenai sikap agresif China semakin meningkat.
“Pencegahan risiko tidak mendahului kerjasama dan kadar saling bergantung tidak boleh disamakan dengan rasa kurang yakin.
“EU perlu menyediakan persekitaran tanpa diskriminasi untuk syarikat China, selain Beijing sentiasa bersedia mengukuhkan dialog serta kerjasama dalam bidang seperti tenaga bersih dan kewangan hijau,” menurut Kementerian Luar China yang memetik kenyataan Qiang.
Selain itu, pertemuan antara Qiang dengan Presiden Suruhanjaya EU, Ursula von der Leyen kelmarin juga menyaksikan pemimpin China itu menekankan Beijing dan EU harus bersatu.
Jelas Qiang, EU dan Beijing perlu menggunakan hubungan yang stabil antara mereka sebagai ‘perisai’ menghadapi ketidaktentuan global.
Presiden China, Xi Jinping tidak menghadiri sidang kemuncak tersebut.
Pada Jun lalu, EU menggunakan strategi ‘mengurangkan risiko’ bagi menguruskan kadar kebergantungannya kepada China yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia. – REUTERS