China negara pertama lantik duta ke Afghanistan - Utusan Malaysia

China negara pertama lantik duta ke Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: China menjadi negara pertama yang menamakan duta ke Afghanistan sejak Taliban kembali berkuasa pada tahun 2021.

Taliban berkata, pelantikan Zhao Xing bakal membuka ruang bagi negara lain untuk menjalin hubungan dengan kerajaannya.

Sehingga kini, tiada negara lain yang mengiktiraf kerajaan Taliban selepas dikritik kerana banyak melakukan pencabulan hak asasi manusia di Afghanistan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi antarabangsa lain mengecam Taliban kerana layanannya terhadap wanita.

Kementerian Luar China berkata, Beijing akan terus memajukan dialog serta kerjasama dengan Afghanistan, malah dasarnya terhadap negara itu jelas dan konsisten.

“Pelantikan Xing adalah sebahagian daripada penggiliran biasa Duta Besar China ke Afghanistan,” jelas kementerian itu.

Pemimpin Taliban menerima Xing di Istana Presiden di ibu negara Kabul dalam satu majlis sambutan besar-besaran.

Mereka yang hadir termasuk pemangku Perdana Menteri, Mohammad Hassan Akhund dan pemangku Menteri Luar, Amir Khan Muttaqi.

Xing menggantikan Wang Yu, yang menamatkan perkhidmatannya sebagai duta bulan lalu.

Menurut penganalisis, perlantikan Xing sebagai Duta China ke Afghanistan adalah sebahagian daripada langkah Beijing untuk mengukuhkan pengaruhnya di rantau itu.

Beijing mempunyai kepentingan besar di Afghanistan yang berada di tengah-tengah wilayah yang menjadi kunci kepada infrastruktur Inisiatif Jalur dan La­­luan (BRI) diasaskan Chi­na.

Sebelum Taliban kembali berkuasa, pegawai China dilaporkan mengadakan perbincangan peringkat tinggi dengan kumpulan itu.

Beijing sebelum ini menegaskan mahu melabur dalam sumber asli Afghanistan yang dianggarkan bernilai AS$1 trilion (RM4.6 trilion) termasuk deposit kuprum, litium dan emas yang banyak.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya