Cemari al-Quran: al-Qaeda ancam serang Kementerian Perancis, kedutaan Sweden - Utusan Malaysia

Cemari al-Quran: al-Qaeda ancam serang Kementerian Perancis, kedutaan Sweden

PENYOKONG Parti Jamiat Ulema-e-Islam membakar patung Perdana Menteri Sweden dalam protes membantah pembakaran al-Quran di Karachi, Pakistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Anggota kumpulan al-Qaeda yang diharamkan di Rusia dilaporkan mengancam untuk menyerang sebuah kementerian di Perancis dan kedutaan Sweden, menurut Sputnik.

Laporan Le Figaro semalam yang memetik kenyataan kumpulan itu menyatakan Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) mengumumkan rancangan itu dalam terbitan terbaru majalah Sada al-Malahim.

Menurut laporan itu Sweden antara negara Eropah yang telah memilih untuk mengetuai perang menentang Islam dan umatnya.

Kumpulan itu merujuk kepada insiden pembakaran al-Quran di Sweden baru-baru ini.

AQAP dikatakan bertanggungjawab terhadap serangan ke atas akhbar satira Charlie Hebdo pada 2015 di Paris.

Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin memberi amaran tentang peningkatan ancaman serangan pengganas di negara itu, yang dirancang di luar negara.

eliau berkata, ia disebabkan kurang kehadiran tentera Perancis dan Amerika di Sahel, Levant dan Afghanistan dan serangan mungkin dilakukan sama seperti pada 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya