Calon Presiden Indonesia 2024 didakwa tampar timbalan menteri - Utusan Malaysia

Calon Presiden Indonesia 2024 didakwa tampar timbalan menteri

PRABOWO SUBIANTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto sekali lagi membantah beliau adalah menteri yang didakwa menampar timbalan menteri dalam satu mesyuarat di Istana, baru-baru ini.

Beliau didakwa menampar Timbalan Menteri Pertanian, Harvick Hasnul Qolbi.

Calon Presiden Indonesia 2024 itu menyatakan, beliau tidak pernah berjumpa dengan Harvick dan mempersoalkan bagaimana insiden itu boleh berlaku sekiranya mereka tidak pernah bertemu.

“Saya berasa terkejut dengan berita itu kerana saya belum berjumpa dengan Harvick.

“Saya juga tidak menghadiri mesyuarat yang dinyatakan tersebut maka dengan jelas, tidak ada insiden seperti itu,” katanya.

Prabowo mendakwa, beliau sering menjadi mangsa fitnah pelbagai pihak, malah pernah didakwa bakal melakukan rampasan kuasa kerajaan Indonesia.

Terdahulu, Ketua Pengarang Seword TV, Alifurrahman menerusi satu video mendedahkan seorang menteri yang merupakan calon presiden 2024 menampar seorang timbalan menteri dalam mesyuarat di Istana.

Video itu mencetuskan polemik apabila pelbagai pihak mengaitkan menteri yang dimaksudkan oleh Alifurrahman itu adalah Prabowo.

Dalam pada itu, pelbagai pihak menggesa Kementerian Komunikasi dan Maklumat supaya menurunkan video Alifurrahman yang didakwa mencetuskan salah faham.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya