Buruh binaan buat laluan untuk jengkaut, Tembok Besar China rosak teruk - Utusan Malaysia

Buruh binaan buat laluan untuk jengkaut, Tembok Besar China rosak teruk

JURANG besar dilihat di Tembok Besar China selepas digali dua individu yang cuba membuat jalan pintas di kawasan tersebut.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebahagian daripada Tembok Besar China dilaporkan rosak teruk angkara pekerja pembinaan di wilayah tengah Shanxi yang menggunakan jengkaut untuk menggali di tapak warisan sejarah itu.

Polis berkata, dua individu disyaki cuba mencipta jalan pintas untuk kerja pembinaan mereka yang terletak berhampiran kawasan Tembok Besar ke-32.

Lelaki berusia 38 tahun dan wanita berusia 55 tahun itu ditahan minggu lalu dan kes berkenaan kini dalam siasatan lanjut.

Lapor BBC, kedua-dua individu tersebut didapati menggali jurang besar dengan melebarkan lubang sedia ada di Tembok Besar China supaya jengkaut boleh melaluinya semata-mata untuk mengurangkan jarak perjalanan mereka.

Pegawai dimaklumkan mengenai kerosakan tersebut pada 24 Ogos lalu selepas menerima beberapa laporan bahawa terdapat jurang yang besar di dinding tembok yang dinobat sebagai tapak warisan dunia itu.

“Kedua-duanya menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan kepada integriti Tembok Besar Ming dan kepada keselamatan peninggalan budaya,” kata polis.

Terletak di daerah Youyu, Tembok Besar ke-32 adalah bahagian Tembok Besar Ming dan dikategorikan sebagai tapak bersejarah dan budaya yang dilindungi di peringkat wilayah.

Walaupun struktur ketenteraan terbesar di dunia itu dihiasi dengan menara pemerhati purba, beberapa bahagian lain struktur itu didakwa runtuh atau hilang sama sekali.

Laporan pada tahun 2016 dari akhbar Beijing Times memaklumkan lebih daripada 30 peratus struktur Tembok Besar Ming lenyap sepenuhnya, dengan hanya lapan peratus daripadanya dianggap terpelihara dengan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya