Bimbang ramai belia jadi penagih, ahli politik Thailand gesa ketatkan peraturan ganja

Bimbang ramai belia jadi penagih, ahli politik Thailand gesa ketatkan peraturan ganja

PEKERJA memeriksa pokok ganja yang ditanam di wilayah Prachinburi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Ahli Parlimen Thailand merancang untuk merangka undang-undang yang menyeluruh mengenai penggunaan ganja bagi tujuan perubatan dan penyelidikan, selain mencegah lebih banyak golongan belia di negara ini terlibat dalam penyalahgunaan dadah..

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang penggubal undang-undang kanan, kira-kira lebih setahun selepas ganja `dihalalkan’ tanpa peraturan yang sewajarnya.

Tahun lalu, Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang berhenti menganggap ganja sebagai kesalahan jenayah.

Namun, disebabkan tiada langkah khusus, kerajaan terpaksa mengeluarkan beberapa peraturan untuk mencegah penggunaan tidak terkawal terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Undang-undang baharu itu akan menyasarkan industri diunjurkan bernilai sehingga AS$1.2 bilion (RM5.6 bilion) dalam tempoh beberapa tahun akan datang, dengan premis menjual ganja muncul di seluruh ibu kota Bangkok dan kawasan tumpuan pelancong seperti pulau peranginan Phuket.

“Ganja akan digunakan untuk tujuan perubatan dan penyelidikan. Tiada dasar untuk kegunaan rekreasi,” kata Saritpong Kiewkong dari parti Bhumjaithai.

Menurut ahli Parlimen itu, langkah sedemikian masih belum dipertimbangkan.

Undang-undang itu menggabungkan beberapa langkah terhadap penggunaan awam yang kini bergantung kepada kerajaan untuk mengekang salah laku.

Draf undang-undang itu dijangka mengambil masa selama setahun untuk dimuktamadkan dan diluluskan.

Ia juga meliputi permit untuk menanam pokok ganja, jualan dan pengedaran selain langkah lebih ketat terhadap penjualan di tempat awam termasuk di taman hiburan.

Minggu lalu, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berkata, beliau hanya menyokong penggunaan ganja secara perubatan dan bukannya untuk tujuan rekreasi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN