Belia usia 16 tahun didaftar automatik latihan khidmat negara? 

Belia usia 16 tahun didaftar automatik latihan khidmat negara? 

PENNY MORDAUNT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Golongan belia berumur 16 tahun di Britain mungkin akan didaftarkan secara automatik untuk program latihan khidmat negara, di bawah pelan baharu.

Proposal itu bakal menyaksikan golongan berkenaan menyertai program `penjelajahan sivik’ selama dua minggu, selain perlu melengkapkan kerja-kerja kesukarelawan selama beberapa jam setiap tahun.

Bagaimanapun, skim yang dicadangkan oleh badan pemikir Onward itu tidak akan diwajibkan.  

Namun, golongan belia perlu menarik diri daripada pendaftaran sekiranya tidak mahu menyertai skim tersebut.

Memetik laporan Daily Mail, seramai 600,000 anak muda dijangka terlibat dalam program latihan khidmat negara itu.

Anggota Kabinet, Penny Mordaunt menyokong sebahagian besar pelan tindakan itu.

Menurut beliau, program latihan khidmat negara itu mampu memupuk semangat muhibah, kemasyarakatan dan imaginasi golongan belia.

Mordaunt juga menegaskan program sedemikian boleh menggalakkan `kesihatan mental dan daya tahan yang baik’ selepas negara dilanda krisis pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan proposal itu harus ditawarkan secara opt-in (ikut serta) berbanding opt-out (memilih keluar) bagi mengelakkan campur tangan kerajaan.

“Tiada apa yang lebih memanfaat sekiranya dapat berkhidmat kepada masyarakat dan negara sendiri,” tegas Ketua Dewan Perwakilan itu. 

Kata Mordaunt, meskipun program latihan khidmat negara merupakan idea lama namun cadangan terbaharu itu boleh menjadi versi moden.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya