Bekas Presiden Itali, Giorgio Napolitano meninggal dunia

Bekas Presiden Itali, Giorgio Napolitano meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Bekas Presiden Itali, Giorgio Napolitano dilaporkan meninggal dunia pada usia 98 tahun.

Ahli-ahli politik Itali memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin veteran itu semalam.

Terkenal dengan sikap kesederhanaan dan semangat kenegaraan, Napolitano dianggap sebagai pemimpin yang menjamin kestabilan semasa pergolakan kronik dalam politik Itali.

Bekas pemimpin Parti Komunis itu pernah berkhidmat sebagai ketua negara dalam beberapa pentadbiran kerajaan antara tahun 2006 dan 2015.

Sementara itu, Perdana Menteri, Georgia Meloni dan Presiden Itali, Sergio Mattarella menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Napolitano.

Selain itu, Mattarella berkata, Napolitano mengetuai `perjuangan penting untuk pembangunan sosial, keamanan dan kemajuan di Itali dan Eropah’.

Pope Francis menerusi aplikasi telegram kepada balu Napolitano, memberi penghormatan kepada mendiang serta menyifatkannya sebagai pemimpin mendedikasikan kerjayanya untuk memelihara perpaduan dan keharmonian negara.

Dilahirkan pada tahun 1925 bawah pemerintahan Mussolini, Napolitano menyertai kumpulan penentangan komunis ketika usia 17 tahun, sebelum menyertai parti itu pada 1945 dan dipilih ke Parlimen pada 1953.

Selepas pembubaran Parti Komunis, Napolitano menyerlah dalam politik Itali ketika dalam Parti Demokratik Kiri.

Beliau dipilih sebagai presiden pada tahun 2006 dan berkhidmat sebagai ketua negara semasa tempoh ketidakstabilan politik yang kronik.

Walaupun rancangannya untuk bersara selepas penggal pertama pada 2013, pilihan raya memaksa Napolitano kembali memegang jawatan sehingga peletakan jawatannya pada 2015. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya