Bayi baru lahir ditemukan mati dalam bot pendatang

Bayi baru lahir ditemukan mati dalam bot pendatang

KERANDA membawa mayat bayi baru dilahirkan di jeti Favarolo di Lampedusa. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Seorang bayi baru dilahirkan ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah bot yang membawa kumpulan pendatang ke Pulau Lampedusa di Itali ketika operasi menyelamat.

Lapor agensi berita ANSA, bayi itu dilahirkan ketika dalam perjalanan dan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Berdasarkan laporan, kira-kira 40 pendatang berada dalam bot berkenaan.

Minggu lalu, seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan mati lemas ketika operasi menyelamat selepas bot yang membawa pendatang dari Afrika Utara terbalik di perairan sama.

Hampir 126,000 pendatang tiba di Itali pada tahun ini, kira-kira dua kali ganda berbanding jumlah direkod pada tahun lalu.

Menurut data dari agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 8,500 pendatang tiba di Lampedusa pada minggu lalu sahaja, iaitu jumlah melebihi penduduk tetap pulau itu.

Lonjakan kebanjiran pendatang itu mendorong pemimpin politik tempatan memohon bantuan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni menggesa Kesatuan Eropah (EU) bertindak bersama ‘dengan misi tentera laut sekiranya perlu’ untuk menghalang pendatang daripada menyeberangi Mediterranean dari Afrika Utara.

Dalam mesej video yang disiarkan di media sosial, Meloni berjanji akan mengambil tindakan tegas sebagai tindak balas kepada lonjakan kebanjiran pendatang pada minggu lalu.

“Tekanan migrasi yang dialami oleh Itali sejak awal tahun ini adalah tidak mampan.

“Masalah itu dikatakan berpunca daripada `situasi antarabangsa yang sukar’ di Afrika,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya