Azerbaijan kuasai Nagorno-Karabakh, penduduk pindah ke Armenia

Azerbaijan kuasai Nagorno-Karabakh, penduduk pindah ke Armenia

PASUKAN pengaman Russia mengiringi orang awam Armenia ke kawasan penginapan berhampiran Stepanakert di wilayah Nagorno-Karabakh.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YEREVAN: Armenia memaklumkan lebih 1,000 orang menyeberang masuk ke negara itu dari Nagorno-Karabakh, beberapa hari selepas kawasan diduduki majoriti etnik Armenia itu dirampas oleh Azerbaijan.

Penduduk awam Nagorno-Karabakh dilaporkan mula memasuki negara itu selepas kerajaan di Yerevan mengumumkan rancangan untuk memindahkan mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran di kawasan berkenaan.

Azerbaijan merampas semula kawasan yang didiami oleh kira-kira 120,000 etnik Armenia awal minggu ini dan menegaskan mahu mengintegrasikan semula mereka sebagai warganegara yang sama.

Tetapi Armenia memberi amaran bahawa penduduk yang sudah tinggal selama lebih tiga dekad di kawasan itu mungkin menghadapi penghapusan etnik.

“Sehingga pukul 10.00 malam (waktu tempatan) seramai 1,050 orang memasuki Armenia dari Nagorno-Karabakh.

“Ramai daripada mereka sudah disediakan dengan perumahan yang dibiayai kerajaan,” kata kerajaan Armenia dalam satu kenyataan semalam dipetik BBC.

Pasukan pemisah Armenia di wilayah itu bersetuju untuk melakukan gencatan senjata Rabu lalu berikutan serangan kilat tentera Azerbaijan.

Armenia berkata, kerajaan negara itu akan membantu sesiapa sahaja yang meninggalkan Nagorno-Karabakh tetapi berulang kali mengatakan penghijrahan besar-besaran itu berpunca daripada kekejaman pihak berkuasa Azerbaijan.

Dalam ucapan di televisyen kelmarin, Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan berkata, ramai penduduk di kawasan itu akan melihat pengusiran dari tanah air mereka sebagai satu-satunya jalan keluar melainkan Azerbaijan menyediakan jaminan kehidupan dan mekanisme perlindungan yang berkesan terhadap pembersihan etnik.

Malah beliau mengulangi pendirian bahawa kerajaannya bersedia dengan tangan terbuka dan mengalu-alukan kedatangan penduduk dari kawasan itu.

Malah, Penasihat Pemimpin Etnik Armenia Nagorno-Karabakh, David Babayan berkata, beliau turut menjangkakan semua penduduk akan pergi meninggalkan kawasan itu.

“Rakyat kami tidak mahu hidup sebagai sebahagian daripada Azerbaijan. Lebih 99.9 peratus sanggup memilih untuk meninggalkan tanah bersejarah kami.

“Nasib orang miskin kita akan tercatat dalam sejarah sebagai perkara yang sangat aib dan memalukan bagi rakyat Armenia dan seluruh dunia bertamadun. Mereka yang bertanggungjawab atas nasib kita suatu hari nanti perlu menjawab di hadapan Tuhan atas dosa mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya