Awan pun dicemari bahan mikroplastik

Awan pun dicemari bahan mikroplastik

AWAN di kawasan Gunung Fuji dikesan tercemar dengan zarah mikroplastik.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pasukan penyelidik di Jepun mengesahkan terdapat bahan mikroplastik di dalam awan dan dikhuatiri mungkin menjejaskan iklim dengan cara yang masih belum difahami sepenuhnya.

Dalam kajian yang diterbitkan Environmental Chemistry Letters, saintis mendaki Gunung Fuji dan Gunung Oyama untuk mengumpul air daripada kabus yang menyelubungi puncaknya.

Kemudian pasukan itu menggunakan teknik pengimejan lanjutan pada sampel tersebut untuk menentukan sifat fizikal dan kimianya.

Saintis dilaporkan mengenal pasti sembilan jenis polimer dan satu jenis getah dalam mikroplastik bawaan udara bersaiz antara 7.1 hingga 94.6 mikrometer.

Setiap liter air awan mengandungi antara 6.7 hingga 13.9 kepingan plastik.

Polimer hidrofilik yang menggemari air paling banyak ditemukan, sekali gus menunjukkan partikel tersebut memainkan peranan penting dalam pembentukan awan yang cepat dalam sistem iklim bumi.

“Sekiranya isu pencemaran udara plastik tidak ditangani secara proaktif, perubahan iklim dan risiko ekologi mungkin menjadi realiti. Ini akan menyebabkan kerosakan alam sekitar yang tidak dapat dipulihkan dan serius pada masa hadapan.

“Apabila mikroplastik mencapai atmosfera atas dan terdedah kepada sinaran ultraungu daripada cahaya matahari, ia merosot dan menyumbang kepada gas rumah hijau,” kata pengarang utama dari Universiti Waseda, Hiroshi Okochi.

Mikroplastik ditakrifkan sebagai zarah plastik di bawah 5 milimeter yang datang daripada sisa buangan industri, tekstil, tayar kereta sintetik, produk penjagaan diri dan banyak lagi.

Serpihan-serpihan kecil bahan itu ditemukan di dalam ikan di ceruk paling dalam di lautan yang menyelubungi ais laut Artik dan menyelimuti salji di pergunungan Pyrenees antara Perancis dengan Sepanyol.

Tetapi mekanisme pergerakan bahan berbahaya itu masih tidak jelas, dengan penyelidikan mengenai pengangkutan mikroplastik bawaan udara masih terhad.

“Untuk pengetahuan terbaik kami, ini adalah laporan pertama mengenai mikroplastik bawaan udara dalam air awan, ” jelas pengarang kajian itu.

Penemuan itu menjadi bukti baharu mengaitkan mikroplastik dengan pelbagai kesan terhadap kesihatan jantung, paru-paru serta kanser di samping risikonya terhadap alam sekitar yang semakin meluas.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya