Asia Tenggara untuk kerjasama, bukan medan gadai persaingan

Asia Tenggara untuk kerjasama, bukan medan gadai persaingan

RETNO MARSUDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Asia Tenggara tidak akan menjadi medan untuk ‘gadaian persaingan’ kerana rantau ini menekankan pengukuhan kerjasama serantau.

Lapor agensi berita Anadolu memetik Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, Asia Tenggara mesti menjadi pusat pertumbuhan yang semua negara boleh mendapat manfaat bermakna.

“Institusi serantau harus menjadi penyumbang bersih dan blok pembinaan untuk keamanan serta kemakmuran global,” katanya dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 (UNGA) di New York, kelmarin.

Selaku Pengerusi ASEAN tahun 2023, Indonesia mengemudi ASEAN melalui dinamik geopolitik sebegitu di rantau ini.

Rantau Asia Tenggara menyaksikan dua pesaing utama dunia, Amerika Syarikat (AS) dan China, menegaskan pengaruh mereka dalam kalangan negara serantau.

“Keterangkuman akan selama-lamanya menjadi tonggak bagi acuan rantau kita,” kata Retno.

Mengenai Myanmar, beliau berkata, pelaksanaan Konsensus Lima Perkara kekal sebagai rujukan utama.

“ASEAN terus menggesa junta tentera untuk melaksanakannya. ASEAN tidak akan berusaha untuk memastikan rakyat Myanmar tidak ketinggalan,” ujarnya.

Menteri luar Indonesia itu turut menyeru undang-undang antarabangsa perlu dijunjung, khususnya prinsip asas kedaulatan dan integriti wilayah.

Sambil menyeru tanggungjawab kolektif untuk menyelamatkan rakyat Palestin dan Afghanistan, Marsudi berkata, sudah terlalu lama rakyat negara itu dibiarkan menderita.

“Indonesia tidak akan berganjak walau seinci pun dan akan tetap teguh menyokong hak rakyat Palestin dan Afghanistan,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya