AS umum hantar senjata kontroversi ke Ukraine - Utusan Malaysia

AS umum hantar senjata kontroversi ke Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan akan menghantar senjata kontroversi ke Ukraine menerusi bantuan ketenteraan dan kemanusiaan terbaharu berjumlah AS$1 bilion (RM4.6 bilion).

Russia mengecam tindakan melengkapkan kereta kebal Abrams AS dengan peluru yang cukup kuat untuk menembusi perisai kereta kebal konvensional.

Ia diperbuat daripada bahan hasil sampingan pengayaan uranium yang dilucutkan daripada kebanyakan bahan radioaktif.

Pengumuman pakej bantuan keselamatan baharu untuk Ukraine dibuat semasa lawatan Diplomat AS, Antony Blinken ke Kyiv yang turut mencetus kemarahan Russia.

Puluru kereta kebal uranium berukuran 120 milimeter (mm) itu dijangka akan dihantar ke Ukraine akhir tahun ini.

Menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), walaupun peluru itu diperbuat daripada bahan proses pengayaan uranium ia tidak boleh menghasilkan tindak balas nuklear dan dianggap kurang radioaktif berbanding uranium semulajadi.

Pada Mac lalu, Pentagon berkata, AS tidak akan menghantar sebarang peluru berasaskan uranium ke Ukraine.

Seorang pegawai Jabatan Pertahanan memberitahu laman web berita Politico, AS kini menukar keputusannya untuk menghantar senjata itu kerana dianggap sebagai cara terbaik untuk memperkuat kereta kebal Abrams di Ukraine.

Kedutaan Russia di Washington mengecam keputusan itu sebagai petunjuk tidak berperikemanusiaan dan menegaskan bahawa AS hanya memperdayakan dirinya sendiri kerana enggan menerima kegagalan serangan balas tentera Ukraine.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya