Artis Denmark hantar kanvas kosong diarah pulangkan wang

Artis Denmark hantar kanvas kosong diarah pulangkan wang

KANVAS kosong hasil karya Jens Haaning dipamerkan di Muzium Seni Moden Kunsten di Aalborg, Denmark.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Artis Denmark, Jens Haaning diarah membayar balik wang hampir 500,000 kroner (RM334,510) kepada Muzium Kunsten di Aalborg selepas menyerahkan dua kanvas kosong sebagai hasil karya seninya.

Pada tahun 2021, Haaning yang merupakan artis konseptual dan gemar memfokuskan karya tentang kuasa serta ketidaksamaan ditugaskan oleh Muzium Seni Moden Kunsten untuk mencipta semula versi terkini dua karya seni terdahulunya.

Karya itu mempamerkan bingkai yang disusun dengan wang kertas bagi menggambarkan purata pendapatan tahunan rakyat marhaen di Austria dan Denmark untuk pameran mengenai masa depan buruh.

Muzium tersebut dilaporkan menyediakan wang berjumlah kira-kira 532,000 kroner (RM355,926) untuk dia mencipta semula karya seni itu, bersama bayaran berjumlah 40,000 kroner (RM26,746).

Namun apa yang mengejutkan, kakitangan muzium hanya menerima dua bingkai kanvas kosong yang bertajuk ‘Ambil Wang dan Lari’.

Haaning mendakwa mencipta karya baharu yang lebih baik agar bersesuaian dengan tema pameran dan memberi alasan hasil seninya itu dapat menjemput orang ramai untuk merenung struktur serta institusi sosial masyarakat kini.

Pengarah Muzium Kunsten, Lasse Andersson mengaku tertawa dengan elemen humor yang ditampilkan ketika pertama kali melihat karya itu dan memutuskan untuk mempamerkannya.

Namun pihak muzium masih meminta artis itu memulangkan wang yang sepatutnya digunakan untuk mencipta semula karya tersebut dan membawa kes itu ke mahkamah selepas Haaning enggan berbuat demikian.

Selepas pertarungan undang-undang yang panjang, mahkamah Copenhagen mengarahkan Haaning memulangkan 492,549 kroner (RM329,571) dalam tempoh 14 hari setelah ditolak bayaran artis dan kos pemasangan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya