Anjing peliharaan Biden sudah 10 kali gigit pegawai di White House

Anjing peliharaan Biden sudah 10 kali gigit pegawai di White House

ANJING peliharaan keluarga Biden bernama Commander. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Anjing peliharaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dilaporkan menggigit seorang lagi kakitangan Agensi Perkhidmatan Rahsia AS, baru-baru ini.

Lapor The Guardian, ketua komunikasi agensi itu, Anthony Guglielmi mengesahkan seorang pegawai beruniform digigit oleh anjing baka Jerman Shepherd bernama Commander kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) Isnin lalu di White House.

Bagaimanapun, kata Guglielmi, pegawai berkenaan sudah dirawat oleh kakitangan perubatan di tempat kejadian.

Menurut pengarah komunikasi bagi wanita pertama AS, Jill Biden iaitu Elizabeth Alexander, White House boleh menjadi persekitaran yang mencabar dan tertekan untuk haiwan peliharaan keluarga.

Katanya, keluarga Biden terus berusaha mencari jalan untuk membantu Commander mengendalikan sifat yang tidak dapat dijangkakan di kawasan White House.

“Keluarga Biden sangat menghargai dan berterima kasih kepada Agensi Perkhidmatan Rahsia dan kakitangan kediaman eksekutif untuk semua usaha yang dilakukan bagi memastikan mereka, keluarga dan negara selamat,” katanya.

Berdasarkan rekod dari Jabatan Keselamatan Dalam Negara, Commander pernah menggigit atau menyerang kakitangan Perkhidmatan Rahsia sekurang-kurangnya 10 kali antara Oktober 2022 dan Januari lalu.

Insiden itu termasuk satu kejadian yang mana pegawai penguatkuasa undang-undang yang cedera terpaksa dikejarkan ke hospital.

Dilaporkan, Commander merupakan anjing peliharaan Biden yang kedua berkelakuan agresif termasuk menggigit kakitangan Agensi Perkhidmatan Rahsia dan White House sebelum ini.

Anjing peliharaan pertamanya bernama Major sudah dihantar ke Delware selepas kejadian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya