Anggota tentera lolos penjara, London perketat kawalan di lapangan terbang, pelabuhan - Utusan Malaysia

Anggota tentera lolos penjara, London perketat kawalan di lapangan terbang, pelabuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Langkah keselamatan dipertingkatkan di beberapa lapangan terbang utama di London semalam, ketika polis memburu seorang bekas tentera yang melarikan diri selepas disyaki terbabit dalam keganasan, lapor Sputnik.

Polis Metropolitan meminta orang ramai memberi maklumat untuk membantu mengesan Daniel Abed Khalife, 21, yang sedang menunggu perbicaraan di Penjara Wandsworth London atas tuduhan keganasan dan pelanggaran Akta Rahsia Rasmi.

Dia dipercayai melarikan diri pada Rabu dan masih bebas.

Pihak berkuasa Lapangan Terbang Heathrow berkata, hab udara itu beroperasi seperti biasa, tetapi meminta penumpang tidak tiba awal kerana berlaku kesesakan dan menyemak status penerbangan sebelum ke lapangan terbang.

“Disebabkan pemeriksaan keselamatan tambahan sedang dijalankan, masa menunggu penumpang yang berlepas mungkin lebih lama berbanding biasa,” kata pihak berkuasa lapangan terbang.

Jurucakap Lapangan Terbang Gatwick berkata, langkah keselamatan tambahan dilaksanakan di London Gatwick dan lapangan terbang serta pelabuhan UK yang lain.

Pengembara yang berlepas dari Lapangan Terbang Manchester mengadu di media sosial terpaksa beratur panjang untuk melepasi pemeriksaan keselamatan.

Jurucakap lapangan terbang itu berkata, pasukan keselamatan bekerja keras untuk memastikan keselamatan semua orang dan menjalankan pemeriksaan penting yang ditetapkan kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya