40 peratus ahli Parlimen India berdepan kes jenayah

40 peratus ahli Parlimen India berdepan kes jenayah

SERAMAI 306 ahli Parlimen India dilaporkan mempunyai kes jenayah yang didaftarkan terhadap mereka.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pembaharuan Demokratik (ADR) mendedahkan, sebanyak 40  peratus ahli Parlimen India sedang berdepan kes jenayah.

Menurut laporan itu, di antara 763 Ahli Parlimen yang diperiksa, sekurang-kurangnya 306 orang mempunyai kes jenayah yang didaftarkan terhadap mereka. 

Laporan tersebut turut mendedahkan bahawa 194 ahli Parlimen yang bersidang mengisytiharkan kes jenayah serius pada afidavit bersumpah mereka. 

ADR menjalankan analisis itu dengan mengkaji afidavit yang dikemukakan oleh ahli Parlimen sebelum menyertai pilihan raya terakhir mereka dan sebarang pilihan raya kecil berikutnya.

Penemuan itu berkaitan dengan sejumlah 776 kerusi di Lok Sabha dan Rajya Sabha di seluruh negara.

Mereka yang menghadapi kes serius seperti bunuh, cubaan membunuh, culik atau jenayah terhadap wanita adalah 25 peratus daripada jumlah ahli kedua-dua dewan Parlimen.

“Daripada 763 ahli Parlimen yang bersidang, 306 ahli sudah memaklumkan tentang kes jenayah yang dikemukakan terhadap mereka.

“Di Lakshadweep, kesemua ahli Parlimen mempunyai kes jenayah serius yang diisytiharkan pada afidavit mereka,” kata ADR.

Analisis status kewangan yang dijalankan badan pemantau itu mendapati purata ahli Parlimen mengisytiharkan aset bernilai AS$4.6 juta (RM21.53 juta).

“Tujuh peratus penggubal undang-undang India adalah bilionair,” kata laporan itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya