Wanita ubah rumah jadi hospital rawat, lindungi burung kelicap cedera - Utusan Malaysia

Wanita ubah rumah jadi hospital rawat, lindungi burung kelicap cedera

CATIA Lattouf de Arida menghabiskan masa lapangnya menjaga burung kelicapyang cedera dan terbiar. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Seorang wanita berusia 73 tahun menggunakan pangsapurinya sebagai hospital dan tempat perlindungan bagi spesies burung kelicap atau Hummingbird yang cedera dan terbiar di Mexico.

Catia Lattouf de Arida dikatakan melakukan khidmat murni itu sejak 11 tahun lalu.

Burung kelicap amat penting dalam ekosistem Mexico namun disebabkan landskap bandar yang sentiasa berkembang, spesies itu menghadapi pelbagai jenis ancaman serius.

“Sebagai penjaga burung kelicap yang bukan formal, Catia menghabiskan masa lapangnya dan sumber untuk memelihara burung kecil berkenaan agar ia kembali sihat.

“Dia juga menyediakan penjagaan paliatif yang diperlukan untuk burung tersebut.

“Catia sudah lama melakukan khidmat ini lebih sedekad lalu, malah pangsapurinya yang terletak di Mexico City dikenali sebagai hospital Hummingbird,” jelas laporan.

Kisah Catia sebagai `jururawat burung Hummingbird’ bermula pada tahun 2011 ketika dia berdepan dugaan besar dalam hidupnya.

Ketika itu, Catia kehilangan suaminya dua tahun sebelumnya, malah dia sendiri bertarung dengan penyakit kanser kolon.

“Pada suatu hari, ketika Catia melalui jalan di kawasan perumahannya, dia ternampak seekor burung kelicap yang cedera di bahagian mata.

“Catia membawa burung itu pulang ke rumahnya. Dia tidak tahu bagaimana menjaga haiwan cedera apatah lagi membabitkan burung kecil itu.

“Bagaimanapun, seorang rakannya yang juga veterinar menggalakkannya menjaga burung cedera itu. Insiden tersebut mengubah kehidupan Catia yang mendedikasi hidupnya menyelamatkan ratusan burung kecil,” jelas laporan.

Sementara itu, Catia memaklumkan burung bernama Gucci memberi kehidupan baharu kepadanya.

Gucci merupakan burung kelicap pertama yang dijaga oleh Catia.

Jelasnya, nama Gucci diilhamkan daripada jenama bekas cermin mata yang dimilikinya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya