Wanita diserang ular dan helang serentak ketika potong rumput - Utusan Malaysia

Wanita diserang ular dan helang serentak ketika potong rumput

PEGGY Jones menunjukkan kecederaan di lengan kirinya akibat serangan helang dan ular dua minggu lalu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTIN: Seorang wanita dari Texas cedera selepas diserang seekor helang yang secara tidak sengaja menjatuhkan ular ke tangannya.

Peggy Jones, 64, sedang memotong rumput di halaman rumahnya di bandar Silsbee, Texas, berhampiran sempadan Louisiana apabila seekor helang yang sedang membawa bersama ular di mulutnya terbang di kawasan berkenaan.

Helang berkenaan tiba-tiba menjatuhkan reptilia berkenaan yang hinggap di lengan Jones namun kemudian terbang laju ke arahnya untuk cuba mendapatkan semula makanannya itu.

Jones bergelut dengan dua haiwan berkenaan apabila ular itu membelit lengannya dan mula menyerang bahagian muka ketika burung helang itu pula terus mencakarnya untuk menarik ular itu.

“Ular itu jatuh dari langit dan terus melilit lengan saya. Ular itu kemudian cuba mematuk muka saya tetapi mengenai cermin mata saya beberapa kali.

“Ketika cuba menarik ular itu, helang pula datang dan tidak berhenti mencakar dan mencederakan lengan saya hingga satu ketika burung itu mencapai dan menarik tangan saya.

“Serangan dua haiwan itu amat menyakitkan. Sehingga kini saya sukar tidur kerana masih trauma dengan kejadian itu,” katanya.

Detik cemas dan mengerikan itu menyebabkan Jones mengalami luka, lebam dan di lengan serta wajahnya namun semakin pulih selepas mendapatkan rawatan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya