Wanita Denmark pula bakar al-Quran di Copenhagen - Utusan Malaysia

Wanita Denmark pula bakar al-Quran di Copenhagen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perbuatan menghina al-Quran terus berlaku di Denmark, dengan satu lagi insiden membabitkan seorang wanita Denmark kelahiran Iran bertindak mencemarkan kitab suci itu di Copenhagen.

Agensi Anadolu melaporkan wanita berkenaan, Firoozeh Bazrafkan, mengoyak salinan al-Quran di hadapan Kedutaan Iran pada Sabtu lalu.

Dengan memakai kemeja-T yang tertera perkataan ‘Wanita’, ‘Hidup’ dan ‘Kebebasan’, dia kongsikan rakaman perbuatannya itu serta mentakrifkan tindakan provokasi berkenaan kononnya sebagai ‘persembahan seni.’

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, perbuatan membakar atau mencemarkan al-Quran atau cubaan berbuat demikian oleh golongan Islamofobia, terutama di negara Eropah Utara dan Nordik, semakin kerap berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya