Wabak LSD: Australia uji kesihatan lembu ternakan

Wabak LSD: Australia uji kesihatan lembu ternakan

AUSTRALIA tegaskan negara itu bebas daripada wabak penyakit kulit berketul melibatkan haiwan ternakan seperti lembu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Pihak berkuasa Australia mengambil tindakan dengan menguji ternakan lembunya untuk penyakit kulit berketul (LSD) selepas Indonesia menghentikan import haiwan itu.

Indonesia berhenti mengimport lembu dari empat fasiliti di Australia kerana bimbang penularan wabak berkenaan.

Langkah itu diambil selepas individu diuji positif LSD, berdasakan ketulan pada kulit yang dibimbangi boleh menjejaskan petani dan ternakan mereka.

Lapor agensi berita Xinhua, Menteri Pertanian Australia, Murray Watt kelmarin menegaskan negara ini bebas daripada virus berjangkit itu.

Katanya, selepas dimaklumkan mengenai keputusan Indonesia, kerajaan terus meminda tindak balas kecemasan, termasuk melakukan ujian diagnostik terhadap semua lembu di utara Australia.

“Australia berusaha meyakinkan Indonesia bahawa semua haiwan yang dieksport dari negara ini mematuhi keperluan yang ditetapkan, termasuk bebas LSD,” kata Watt.

Dalam pada itu, biarpun Indonesia menghentikan import dari empat kemudahan Australia sementara menunggu ujian lanjut, eksport lembu hidup ke negara itu masih diteruskan.

Penularan LSD boleh menjejaskan industri, menyekat eksport lembu dan mengganggu pengeluaran bekalan susu, selain menyebabkan lembu yang dijangkiti mengalami masalah tumbesaran serta tidak subur.

Pegawai veterinar Australia, Mark Schipp berkata, LSD merupakan penyakit disebabkan oleh virus mudah berjangkit terhadap lembu dan kerbau yang disebarkan menerusi gigitan serangga.

Namun, penyakit itu tidak mendatangkan risiko kepada manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya