‘Ustaz polis’ gigih bantu penduduk kampung belajar mengaji

‘Ustaz polis’ gigih bantu penduduk kampung belajar mengaji

AGUS Miswanto menyantuni anak-anak yatim di pesantren Daruttaqwa di Kampung Brobot di Jawa Tengah. AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PURBALINGGA: Kisah kegigihan seorang pegawai polis menabung duit gajinya untuk membangunkan pesantren anak yatim dan pusat mengaji al-Quran di Purbalingga mendapat perhatian media baru-baru ini.

Agus Miswanto berkhidmat sebagai Ketua Urusan Penjagaan Personel  Sumber Manusia (SDM) di Balai Polis Purbalingga di Jawa Tengah.

Namun di kampungnya, Agus dianggap sebagai ustaz dan guru agama.

Lapor Kompas.com, setiap hari, selepas selesai berkhidmat sebagai pegawai polis, Agus akan segera pulang ke rumahnya di Kampung Brobot untuk meneruskan pengajaran al-Quran kepada penghuni Pondok Pesantren Daruttaqwa dan penduduk warga emas sekitar daerah Bojongsari.

Kegiatan itu sudah dilakukan sejak tahun 2016 selepas Agus menyedari tidak adanya kelas mengaji al-Quran dan mengajar agama di tempat tinggalnya.

“Untuk membina masjid dan asrama, saya menyimpan sedikit demi sedikit daripada gaji sebagai anggota polis setiap bulan. Alhamdulillah, ada juga kami mendapat bantuan daripada rakan-rakan jabatan polis.

“Kebanyakan pelajar berasal dari kampung ini. Namun, ada juga penduduk kampung jiran yang tidur di asrama pesantren. Daripada kira-kira 70 pelajar, terdapat sekitar 12 anak yatim dan seorang cacat pertuturan.

“Anda harus pandai menguruskan masa dengan baik. Tugas sebagai pegawai polis dan mengajar al-Quran sama-sama penting. Kedua-duanya demi untuk pembangunan bangsa, negara dan agama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya