Ukraine dakwa tawan semula kawasan berhampiran Bakhmut

Ukraine dakwa tawan semula kawasan berhampiran Bakhmut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Tentera Ukraine berjaya menawan semula kawasan seluas tiga kilometer persegi berhampiran bandar timur Bakhmut yang dilanda pertempuran.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Ganna Malyar dalam satu wawancara disiarkan di televisyen.

Bagaimanapun, Malyar mengakui pasukan tentera Ukraine tidak melakukan `kemajuan’ besar di bahagian hadapan selatan.

Jun lalu, Ukraine melancarkan serangan balas terhadap tentera Russia selepas menerima senjata dari negara Barat selain membina unit tempur infantri.

“Lagi kawasan kira-kira tiga kilometer persegi berjaya ditawan semula.

“Secara keseluruhannya, kawasan seluas 43 kilometer persegi di sekitar bandar itu sudah dibebaskan sejak serangan bermula,” katanya.

Bakhmut merupakan sebuah bandar perindustrian yang mempunyai kira-kira 70,000 penduduk.

Bandar itu ditawan oleh tentera Russia pada musim panas lalu selepas dilanda pertempuran yang berlangsung selama beberapa bulan.

Sementara itu, Malyar mengesahkan situasi di bahagian selatan tidak mengalami perubahan yang ketara.

“Pasukan pertahanan kami terus mara di kawasan Berdyansk dan Melitopol,” katanya.

Minggu lalu, Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba berjanji pasukan tentera akan membebaskan semua wilayah diduduki oleh Russia tanpa mengira masa yang akan diambil. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya