UK perlu bersiap sedia hadapi wabak selesema burung

UK perlu bersiap sedia hadapi wabak selesema burung

ANGGOTA renjer membersihkan burung yang mati di Pulau Staple, Northumberland. - AGENSI   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pakar kesihatan awam terkemuka memberi amaran United Kingdom (UK) perlu melakukan persiapan awal untuk menghadapi wabak selesema burung.

Amaran itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan virus berkenaan boleh menjangkiti manusia.

Bagaimanapun, pengerusi kesihatan awam global di Universiti Edinburgh profesor Devi Sridhar memaklumkan masih terlalu awal untuk menyatakan apa yang akan mencetuskan wabak seterusnya.   

“Adanya tanda-tanda kewujudan corak muncul dalam mutasi selesema burung. 

“Ini bermakna ia boleh menjangkiti manusia pada suatu hari nanti,” katanya yang sebelum ini menjadi penasihat kesihatan kepada Scotland semasa pandemik Covid-19.

Justeru, Devi menggesa kerajaan UK melakukan persiapan diperlukan bagi mengelakkan kes kematian tinggi dan pelaksanaan sekatan pada saat akhir yang mampu mengganggu ekonomi negara.

Devi diminta mengulas mengenai wabak yang bakal berlaku pada masa hadapan ketika menghadiri Festival Buku Antarabangsa Edinburgh. 

Wabak selesema burung yang melanda UK ketika ini menyaksikan lebih sejuta burung dijangkiti virus berkenaan.

Malah, pakar kesihatan bimbang wabak itu di ambang baharu dan berkemungkinan menjangkiti manusia.

Setakat ini, empat pekerja di ladang ternakan ayam di UK diuji positif bagi virus berkenaan pada tahun ini. 

Virus itu biasanya dijangkiti melalui sentuhan rapat dengan burung yang dijangkiti. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya