Turkiye dilanda gelombang haba luar biasa, suhu setinggi 49 darjah Celsius

Turkiye dilanda gelombang haba luar biasa, suhu setinggi 49 darjah Celsius

TASIK Empangan Sel Kapani hampir kering akibat musim kemarau yang berlaku di daerah Golbasi, Ankara, Turkiye. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Perkhidmatan Meteorologi Turkiye (MGM) mengeluarkan amaran kepada penduduk di 49 wilayah di negara ini supaya mengambil langkah berjaga-jaga ekoran cuaca panas akibat gelombang haba luar biasa.

Lapor Sputnik memetik media tempatan, wilayah Eskisehir di barat Ankara yang merupakan ibu negara Turkiye merekodkan suhu tertinggi pada 49.5 darjah Celsius.

Suhu dijangka meningkat kepada 35 darjah Celsius dan ke atas di 49 wilayah, sekali gus pihak berkuasa menggesa rakyat, terutamanya warga emas dan kanak-kanak supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan terkena strok haba.

Berdasarkan ramalan yang dilakukan, suhu setinggi 43 darjah Celcisu dijangka melanda wilayah Batman, Kahramanmaras, Sanliurfa dan Denizli.

Selain itu, Pentadbiran Air dan Pembentungan Istanbul memaklumkan, kolam takungan air di Istanbul dijangka hanya mencukupi untuk tempoh dua bulan sahaja dan boleh menjadi kritikal jika kemarau berterusan.

Sehingga Rabu lalu, takungan air di Istanbul hanya 33.37 peratus penuh atau lebih 289 juta meter padu air, dan sepanjang dua minggu lepas, bandar itu telah menggunakan tiga hingga 3.5 juta meter padu air setiap hari.

Pihak berkuasa berkata, paras air direkodkan surut lebih empat peratus dalam tempoh dua minggu.

Pada masa yang sama, paras air di separuh daripada sepuluh takungan terbesar juga cetek dengan kandungan air kurang daripada dua peratus.

Tiada hujan diramalkan di bandar untuk tempoh 10 hari akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya