Tujuh maut, 67 cedera serangan peluru berpandu di timur Ukraine

Tujuh maut, 67 cedera serangan peluru berpandu Russia di timur Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKROVSK: Pasukan penyelamat menjalankan kerja-kerja pencarian mangsa di lokasi kejadian serangan ke atas beberapa bangunan di timur Ukraine.

Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan 67 lagi cedera dalam serangan peluru berpandu Russia yang berlaku di bandar Pokrovsk, semalam.

Pokrovsk terletak kira-kira 50 kilometer (km) dari garis hadapan timur Ukraine.

Ketua Pentadbiran Tentera wilayah Donetsk, Pavlo Kyrylenko berkata, tentera Russia melancarkan dua peluru berpandu dalam tempoh selang 40 minit.

Serangan peluru berpandu itu mengakibatkan beberapa bangunan kediaman, sebuah hotel, premis katering, kedai serta bangunan pentadbiran rosak.

Wartawan AFP melaporkan pasukan penyelamat sedang memindahkan mangsa yang terselamat dari runtuhan bangunan lima tingkat.

Malah, mangsa yang cedera turut dikejarkan ke hospital.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Ukraine, Igor Klymenko mengesahkan dua kanak-kanak antara mangsa yang cedera dalam serangan itu.

Katanya, mangsa yang terbunuh termasuk seorang pegawai berpangkat tinggi di wilayah Donestk. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya